Tuesday, February 22, 2005

Rekindle Those Moments

Kalau ada hari-hari yang aku terkenangkan zaman-zaman masa kat ITM M***** dulu, maka ini lah harinya.

Ntah kenapa, dari pagi, asyik terkenangkan Badrul, Khizan & Zakir. Tak tahan, 10.00 a.m. terus call Badrul, hoping that he is still using his old mobile number.

"Hi, Attadrus!!!!!!"

"Tadribat! Kau ni. Kau tau je aku call ye."

"I still keep your number. Kau pun tak change number eh..."

"Ha ah."

"So... what's up?"

"Takde. Saja je. Saja nak say hi. I think I miss everybody la..."

"Alahai.... so sweet."

Then, we all cakap tak berhenti-henti. Dok recall cerita-cerita lama. Gelak-gelak sampai keluar air mata. Spashly bila cerita pasal Khizan and her antic incidents.

At the end, we decided to have a small reunion, sometime, somewhere. Badrul kena tanya sister dia yang ada simpan phone number Zakir.

"Cemana lak sister kau kenal Zakir?"

"Dia ada appointment kat company mana ntah. Kena jumpa Zakir. Bila sister aku bagi name card, Zakir tanya, you ada brother nama this this this tak?"

"La hai, what a small world."

Badrul jugak kena cari nombor Zain Azmy. Where the hell is he now? Dua-dua nombor dia bagi dah tak boleh pakai.

Aku pulak kena cari nombor Khizan which her last address yang aku ada was kat Rembau. Kena pergi rumah mak dia kat Rembau ni ke? Maybe that is a good idea.

Then aku kena call Utu (which his real name neither aku nor Badrul remembers at that time). Paling last aku jumpa Utu ialah time SUKMA last year. Member jadi orang kuat kontingen Selangor.

All in all, I'm glad that I called Badrul. Si bertuah tu dah tukar tempat kerja lagi. Kalau aku tak call mati-mati aku ingat dia masih kat Price Waterhouse.

"Apa kes kau dok tukar-tukar kerja ni?"

"Aku kan kaum nomad."

Thursday, February 17, 2005

What's with Alphabets

Kisah terjadi bulan lalu, pukul 8.00 mlm, masa aku sedang recap apa yang teacher Ridzuan ajar kat sekolah.

Aku : huruf a bunyi nya apa? (sambil jari tunjuk kat huruf a dalam buku dia)

Ridzuan : aaaaaaa....

Aku : contohnya?

Ridzuan : ayam.

Aku : very good. huruf i bunyi nya apa? (jari tunjuk huruf i)

Ridzuan : iiiiiii.....

Aku : bagus. contohnya?

Ridzuan : ikan.

Aku : huruf u bunyi nya apa? (tunjuk kat huruf u)

Ridzuan : uuuuuuu......

Aku : contohnya?

Ridzuan : ubat.

Aku : bagus anak mama. now, huruf o bunyinya apa? (tunjuk kat huruf o)

Ridzuan : ooooooo........

Aku : contohnya?

Anak aku : o-okkk (berak)

Aku : :)

Wednesday, February 16, 2005

Unwind The Kids

Ratna dalam e-mail nya mengadu pasal Arman, anak dia yang baru 4 tahun, muntah-muntah. Muntah atas tilam, muntah dalam kereta masa on the way ke klinik, muntah lagi lepas balik dari klinik. Sampai Ratna pun ikut termuntah sama.

Bila cerita pasal muntah dalam kereta ni, aku pun pernah mengalaminya baik dengan Ridzuan maupun dengan Reena. Ridzuan masa tu baru setahun lebih, baya-baya Reena sekarang ni. We all tengah on the way to JB, follow Hubby out station. Belum sampai kat hotel lagi Ridzuan dah terbelahak dalam kereta. Aku dengan dia duduk seat belakang. Kuyup anak aku. Aku bukak baju dan seluar dia, tukarkan pakaian lain yg memang ada dalam kereta.

Bila dah check-in, aku terus call Dr. Zaini, our GP. Doc kata perut dia masuk angin, cuba ketuk-ketuk, berbunyi macam gendang. Doc suruh bagi minum air suam, lepas tu sapu perut ngan minyak angin. Urut-urut perut tu. Sampailah Rizduan terkentut. Lepas tu ok dah.

Itu kes masuk angin. Tapi food poisoning nya kes pulak, ha.... sebijik macam Arman kena tu. Last year Ridzuan salah makan (aku jugak yang bagi dia makan), lepas tu muntah-belilah atas tilam. Dia dah tidur, boleh pulak bangun, muntah lagi kat tilam. Aku jadi sedih campur takut. Apahal la pulak. Bila bawak ke GP, Doc kata food poisoning. Padan muka aku.

Reena pulak, kes terjadi baru bulan lalu. We all nak pergi Midvalley. Hari Ahad dua tiga hari sebelum CNY. Hubby drive, Ridzuan depan, aku dengan Reena belakang. Sampai kat Midvalley, tengok jalan dah jammed. Semua pintu masuk ke parking Midvalley dah ditutup. Kereta bukan main banyak, berensot-ensot nak jalan.

Ridzuan dah pening-pening lalat. Reena dah pening-pening nyamuk. Aku dah pening betul-betul. Nasib baik Hubby ok. Lepas tu Hubby kata, tak boleh jadi camni ni. Kena tukar destinasi lah, kita nak gi mana? Aku suggest pergi Alamanda tapi Ridzuan tak nak sebab awal tahun dulu baru pergi, dia kata, kita balik lah. Dia sebenarnya dah tak tahan pening. So we all pun exit la ke Seremban.

Sampai kat tol Sg. Besi, singgah makan kat KFC tepi jalan tu, yang ada gambar bucket besar KFC atas bangunan tu. Ridzuan makan ok je tapi Reena langsung tak nak makan apa-apa. Habis makan, sebab menengokkan Ridzuan ok, Hubby ajak pergi jalan-jalan ke KLIA. Aku dan Ridzuan kata ok. Masuk exit Nilai, terus ke KLIA, masuk parking, dah ambik pun chip parking tu dah, berpusing-pusing naik 2, 3 tingkat cari parking, Reena masa tu berdiri kat seat belakang, tiba-tiba, zassssss.....

Reena datang kat aku, terus bersembur muntah kat badan aku. Habis baju dengan seluar aku. Sudahnya, we all parking, Hubby keluar pegi bayar parking, lepas tu exit keluar, terus balik ke Seremban. Hari tu memang takde rezeki la nak jalan-jalan.

Aku perasan la, anak-anak aku, kalau bawak jalan-jalan jauh mesti masuk angin punya. So aku selalu kena make sure anak-anak aku makan dulu before berjalan, make sure air-cond tak sejuk sesangat. Yang pasti, before naik kereta, kena sapu perut, belakang ngan tapak kaki budak-budak tu ngan minyak angin dulu. Biar they all panas-panas badan duduk dalam kereta. Kalau dah besar takde masalah tapi yang infants lagi ni, sesedap rasa je dia nak muntah. Angin dah satu badan la tu.

Cuti Awal Muharram minggu lalu, we all repeat balik trip ke KLIA. Bawak budak-budak pergi ke viewing area nengok aircraft yang ada kat hangar. Suka they all nampak big aeroplanes. Ridzuan dok tanya aje, bila nak bawak dia naik aeroplane, asyik-asyik hantar babah or mama je naik aeroplane, dia kata. Hubby promise dia masa cuti sekolah nanti we'll plan on something.

Monday, February 14, 2005

CNY at Bukit Gelugor

Kisahnya, mak mertua aku dilahirkan oleh sepasang suami isteri berbangsa Cina. Oleh kerana kesempitan hidup, mak mertua aku yang ketika itu masih bayi diserahkan kepada sepasang suami isteri Melayu. Maka membesarlah mak mertua aku sebagai seorang Islam tanpa mengenali ibu bapa kandungnya, juga adik-beradik Cina nya.

Setelah sekian lama, mak mertua aku pun berkeluarga, suami pulak dah meninggal, anak-anak dua orang dah berkahwin, dua orang lagi masih menyolo. Tahun 2001 lalu, ntah macam mana, adik-beradik Cina mak mertua aku berjaya menjejaki adik mereka yang telah sekian lama tak jumpa ni. Maka terjadi lah babak ala-ala jejak kasih.

Rupa-rupanya mak bapak kandung mak mertua aku dah lama tiada. Adik-beradik selama ini tinggal di Kg. Baru Bukit Gelugor, Juasseh, Kuala Pilah, dah pun beranak-pinak juga bercucu.

Sejak dari pertemuan pertama tersebut, maka terjalin lah satu hubungan kekeluargaan yang tak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Setiap tahun apabila umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, pada tengahari hari raya pertama, keluarga dari Bukit Gelugor berdoyon-doyon datang mengunjungi rumah mak mertua aku di Gedung Lalang. Tak menang tangan we all melayan. Lepas tu, tiap kali Hari Raya Cina pulak, kami sekeluarga ke Bukit Gelugor, disambut dengan meriah oleh sanak saudara di sana.

Itu lah rutin kami sejak tahun 2002. Rabu lalu, 9 Februari 2005 juga tidak terkecuali. Yang paling seronok ialah Ridzuan dan Reena sebab time raya puasa dapat sampul hijau, time raya Cina dapat sampul merah. Aku pulak tukang kumpul sampul-sampul yang diterima anak-anak.

Ramai yang kata, anak-anak aku rupa macam Cina. Bila dia orang tengok Hubby, dia orang akan kata, "oooo... patut la". Hubby memang rupa Cina. Kawan-kawan rapat dia panggil dia Tokey. Abang dia pulak (abang ipar aku) kawan-kawan panggil Ah Leong.

Harap-harap Ridzuan dan Reena suatu hari nanti menghargai ikatan kekeluargaan ini. Happy Chinese New Year to everybody. Happy Valentine's Day to Hubby. Apa present untuk I?

Monday, February 07, 2005

Call or Email Me

Pagi tadi, Mas call. It was a short call. She said she just want to know whether aku kerja ke tidak hari ni. After that she's going to call Noor pulak, and ask her the same question. Aku gelak sorang-sorang lepas tu. Actually, for the past few years, aku, Mas, Noor & Ratna akan ber email-email setiap hari. Macam-macam yang we all citer, dari personal matters, job wise, hal dunia, sampai la ke isu-isu keugamaan. Most of the time we all akan citer pasal family masing-masing. Pasal anak-anak & husband of course. Tu yang aku gelak tadi tu sebab Mas call semata-mata nak tanya sama ada aku ada ke tidak so that dia nak email aku. Why can't she just email me macam biasa?

Talking about email ni jugak, baru tadi kasi email address aku to En. Aslah, corporate advisor to YAB Dato'. Ada proposal. Hope this one will succeed.