Monday, February 14, 2005

CNY at Bukit Gelugor

Kisahnya, mak mertua aku dilahirkan oleh sepasang suami isteri berbangsa Cina. Oleh kerana kesempitan hidup, mak mertua aku yang ketika itu masih bayi diserahkan kepada sepasang suami isteri Melayu. Maka membesarlah mak mertua aku sebagai seorang Islam tanpa mengenali ibu bapa kandungnya, juga adik-beradik Cina nya.

Setelah sekian lama, mak mertua aku pun berkeluarga, suami pulak dah meninggal, anak-anak dua orang dah berkahwin, dua orang lagi masih menyolo. Tahun 2001 lalu, ntah macam mana, adik-beradik Cina mak mertua aku berjaya menjejaki adik mereka yang telah sekian lama tak jumpa ni. Maka terjadi lah babak ala-ala jejak kasih.

Rupa-rupanya mak bapak kandung mak mertua aku dah lama tiada. Adik-beradik selama ini tinggal di Kg. Baru Bukit Gelugor, Juasseh, Kuala Pilah, dah pun beranak-pinak juga bercucu.

Sejak dari pertemuan pertama tersebut, maka terjalin lah satu hubungan kekeluargaan yang tak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Setiap tahun apabila umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, pada tengahari hari raya pertama, keluarga dari Bukit Gelugor berdoyon-doyon datang mengunjungi rumah mak mertua aku di Gedung Lalang. Tak menang tangan we all melayan. Lepas tu, tiap kali Hari Raya Cina pulak, kami sekeluarga ke Bukit Gelugor, disambut dengan meriah oleh sanak saudara di sana.

Itu lah rutin kami sejak tahun 2002. Rabu lalu, 9 Februari 2005 juga tidak terkecuali. Yang paling seronok ialah Ridzuan dan Reena sebab time raya puasa dapat sampul hijau, time raya Cina dapat sampul merah. Aku pulak tukang kumpul sampul-sampul yang diterima anak-anak.

Ramai yang kata, anak-anak aku rupa macam Cina. Bila dia orang tengok Hubby, dia orang akan kata, "oooo... patut la". Hubby memang rupa Cina. Kawan-kawan rapat dia panggil dia Tokey. Abang dia pulak (abang ipar aku) kawan-kawan panggil Ah Leong.

Harap-harap Ridzuan dan Reena suatu hari nanti menghargai ikatan kekeluargaan ini. Happy Chinese New Year to everybody. Happy Valentine's Day to Hubby. Apa present untuk I?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home